Monday, November 28, 2011

BAIK = BAIK

dah cukup pandai??

gambar : doodle dakwah

hm sering kali kita ni menilai orang, wah hebat ni org ni, soalan susah mcm ni tak sampai seminit da settle, tak pun kita tengok orang warna, lukis cantik..wah pandainya lukis, selalunya itulah diri saya bila melihat sesuatu yang tak mampu saya lakukan..sememangnya itulah kita...tak salah kita menilai mcm tu..tapi bagaimana islam menilai seseorang itu bijak dan berakal? sebenarnya jauh dari apa yang kita bayangkan, penilaiaan kita sangat terbatas terutamanya diri saya, bijak kita hanya pada pemikiran, idea, ketangkasan..itu sahaja, tetapi allah meletakkan manusia itu berakal apabila dia bijak merencana kehidupan akhiratnya.

Dalam kitab Kasyful Asrar dijelaskan manusia ada 14 jenis akal..

1) orang yang meninggalkan kemuliaan dunia
2) orang yang meninggalkan takabbur
3) orang yang banyak berbuat ibadat
4) orang yang banyak berbuat jalan kebajikan
5)orang yang benci pada kejahatan
6) orang yang banyak kasihnya kepada orang yang alim dan baik adabnya
7) orang yang banyak duduknya dalam majlis ilmu
8) orang yang bersegera membayar hutang
9) orang yang meninggalkan marah
10) orang yang murah tangannya (banyak bersedekah) dan orang yang manis mukanya (bvanyak senyum) dan manis mulutnya (cakap lembut lembut)
11) orang yang banyak kasihnya kepada kaum kerabat
12) orang yang tak makan yang haram
13) orang yang mahu terkena tapi tak mahu mengena (orang yang sanggup disakiti dan redha tetapi dirinya tidak akan menyakiti org lain)
14) benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan

ORANG YANG BERAKAL, TERPELIHARA DUNIA AKHIRATNYA, INSYAALLAH:)

jika dilihat begini, saya merasakan diri saya belum layak dikatakan berakal..masyaallah, mohon dipermudahkan diri ini bermujahadah..insyaallah kita sama sama...