Thursday, June 9, 2011

not only WORDS

kalau 7 eleven kita leh declare, 24 hours applicable, knp bukan tgjawab kita sebagai muslim??

persahabatan ibarat kekuatan dalaman yang dizahirkan melalui dua hati:-)

kehidupan perlu diteruskan, kematian akan menanti dihujung perjalanan. pelik kan, meneruskan kehidupan untuk kematian?? itulah hakikat kejadian insan..subhanallah:-)

tiada manusia mampu tersenyum dan berkata : aku tak pernah diuji, hakikat yang bahagia ialah seorang manusia yang tersenyum dan berkata, aku sedang diuji:-)

bersyukurlah! terima segala kebaikan dan kelemahan sebagai tanda KAMU HAMBA bukan RAJA

takkan duniamu gelap selamanya, takkan juga langitmu dihiasi pelangi selamanya. LA TAHZAN:-)


lepaskan kecintaan mu dalam apa sahaja kerana itu biasanya akan menjerat dirimu mencari akhirat. pesan saidina ali, sayangi sesuatu sekadarnya, benci sesuatu sekadarnya kerana ia mungkin bertukar posisi.



hidup untuk membina ukhwah kerana allah:-) tegurlah segala kekurangan, jangan dipuji segala kekuatan kerana itu hanya milik ALLAH:-)
salam ukhwahfillah daripada hijabviolet.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

saya sayang kamu banyak2:-)

- berpakaianlah dengan pakaian yang dianjurkan ISLAM, insyaallah anda SELAMAT:-)

assalamualaikum..bertemu kembali setelah sekian lama:-)
macam biasa, ada perkara yang nak dikongsikan, SAYA SAYANG KAMU BANYAK - BANYAK wahai muslimah semua. jadi sebagai tanda sayang, ingin menegur kamu semua sekali dan tegur diri saya seribu kali.

1) study kat mana mana pun sekarang ni, bas adalah transport paling popular untuk student
2) kalau jauh rumah tu, mesti beli tiket n ur sit is confirmed. kalau rumah tak brapa jauh tak brapa dekat ni mestila beli tiket dalam bas aja n ur sit is not yours till u sit there. rite? ok possibility untuk berdiri tu ada
3) bila kamu semua wahai muslimah yang disayangi, terpaksa berdiri..ianya menimbulkan masalah, masalah pandangan kaum ajnabi
4) jadi, tolonglah berpakaian mengikut syariat yang betul. tolonglah kamu semua..sy yang perempuan pun tak sanggup nak tengok susuk tubuh kamu yang jelas nampak sini sana, apatah lagi lelaki..(mungkin ada ja lelaki yang lagi seronok nak tengok) jadi, jagalah diri kamu, jgn biarkan pandangan mereka memandang tajam ke arah kamu..
5) sayangi diri kamu, jgn biarkan jadi tontonan percuma, tontonan umum di mana mana..berpakaianlah dengan labuh, longgar, tidak jarang dan elakkan warna - warna terang..demi maruah dan peribadi kamu semua..
6) jagalah pemakaian kamu di mana saja, bukan setakat nak naik bas..di mana mana sahaja.

"di mana sahaja ada ajnabi, disitulah kewajipan menutup aurat kamu wajib dipelihara"

Wednesday, March 16, 2011

cikgu, sy nak jadi lebih hebat dari syeikh muszaphar!!

assalamualaikum semua:-) fuh!! perlu ditiup rasanya ruangan ni..da terlalu lama tak di update...cuma menjengah tengok tetamu:-)
apa khabar semua follower hijabviolet?? hehe mcm ramai la sgt..harap sihat semuanya..di pihak sy, alhamdulilah sihat2 aja..

hm minggu lepas, sy ke sekolah untuk PBS (pengalaman berasaskan sekolah ) kali ke tiga. kali ni memilih melangkah ke tempat asal, TAIPING. mcm biasa, bila ke sekolah mcm2 perkara kt wat, interview cikgu senior dan masuk ke kelas untuk tgok p&p yang dijalankan oleh guru senior.

hm tapi bukan itu yg nak dikisahkan, kisahnya bermula apabila sy kenal seorang pelajar bernama LUQMAN AL HAKIM..pelajar tahun 5..personaliti seindah nama. orangnya bijak, petah berkata kata dan sgt bersahaja..ketua kelas yang sgt berwibawa. kecil - kecil cili padi. dia pula suka berbual dengan saya dan dikesempatan tu sy tanya dia..

saya : luqman nak jadi apa bila besar?
luqman : saya nak jd angkasawan cikgu, lagi hebat dr dr sms
saya: wa..hebat nya. bgus2..tapi luqman kena score upsr la ye
luqman: mestila cikgu..sy nak masuk mrsm..tapi bila form 4
saya: kenapa bukan form 1?
luqman: sebab ayah nak hanta pg tahfiz dulu..
saya:oh..(padahal terkedu) luqman nak pg ke atau ayh yg suruh?
luqman: sy nak pg cikgu..kat penang..nanti cikgu datang la situ kalau cikgu pg penang..leh jmpa cikgu lagi (dia siap ckp lagi nama tahfiz tu, maknanya dia bersungguh sungguh)
saya: baik, insyaallah..bgus kamu. jadi angkasawan tahfiz!!:-)

hm, kalau inilah generasi yang akan memerintah pd masa akan datang, insyaallah islam akan diletakkan di tempat tertinggi:-) waiting for next angkasawan tahfiz!! amin..:-)

Friday, February 25, 2011

Ujian itu Berbataskan Kekuatanmu


Tidaklah Allah memberati suatu diri melainkan sekadar terpikul olehnya. Dia akan mendapat pahala dari apa yang dia usahakan dan akan mendapat siksa atas apa yang dia usahakan pula. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau tuntut kami di atas kealpaan kami dan kekeliruan kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami siksa, sebagaimana yang pernah Engkau pikulkan atas orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau timpakan ke atas kami perintah yang tidak bertenaga kami dengan dia, dan maafkanlah (dosa-dosa) kami dan ampunilah kami dan kasihanilah kami; Engkau jualah Penolong kami. Maka tolonglah kami atas mengalahkan kaum yang tidak mahu percaya.
(Ayat 286 : Surah al-Baqarah )


Sunday, January 30, 2011

Menilai Dengan Mata Hati:-)













...sungguh!! terpana melihat keindahan, hati kuat mengakui tanpa kesangsian, SUBHANALLAH indahnya ciptaan TUHAN...:-)

credit to: my frenz, muhd azzuan wahi anuar
-wawanpictures-
for all the great pictures!

Tuesday, January 18, 2011

BUKAN TIDAK TEGA TETAPI TERLALU CINTA

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini tangan ini yang membelainya. Selama ini hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak kulaungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya.

Namun, dia bukan selama milikku.. rumah ini cuma persinggahan dalam perjalannanya menuju kedewasaan. Dan kini, sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit tetapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu. Siapakah aku yang boleh menahan realiti kedewasaanmu anakku? Maafkan aku wahai anak......bukan aku tak tega tetapi kerana terlalu cinta!

Sejak dulu, hati ini sering tertanya – tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjagamu sepenuh hati. Sejak bertatih aku melihat jatuh bangunmu tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatimu dalam kembara itu nanti? Aku jauh ...bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan

Aku tahu sangat itu aku akan mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan beerti mengikat tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk membelenggu. Puteriku, kau terpaksa kulepaskan

Apakah sidia mampu menyayanginya seperti aku? Ahhhhhhh mengapa rasa curiga ini datang bertandang? Bukankah segala – galanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada “si dia” – lelaki pilihannya..

Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? Namun.hati ayah pasti ada gundah. Sudah pasrah tapi dihiris goyah. Bolak balik hati ini wahai anak..terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku?

Namun, siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar kau anak yang baik, insyaallah pilihanmu juga baik.allah tak kan mengecewakanmu dan ketentuan allah itu pasti ada kebaikan.

Kekadang aku diserbu 1001 pertanyaan , apakah aku masih di hatinya bila dia bersuami nanti? Atau aku hanya menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali sekala? Bukan, bukan aku membangkit , jauh sekali aku mengunkit. Upayaku mendidikmu bukan satu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi. Aku akan mengulang – ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja disisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu – dulu. Mengadu tentang itu dan ini. Bercerita dan berkisah dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah puteriku, aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Semoga dia akan menjagamu seperti aku menjaga ibumu. Aku akan bersangka baik, justeru ALLAH ITU MENURUT sangka hamba hamanya. Di situlah nokhtah kebimbangan hati seorang ayah.

daripada buku DIMANA DIA DI HATIKU

USTAZ PAHROL JUOI

Tuesday, January 11, 2011

Assalamualaikum:-)

perjuangan perlukan pengorbanan dan kekuatan
teruskan melangkah selagi bernyawa
jangan menoleh jika hakikatnya hanya akan melemahkan denyut perjuangan

salam ukhwah kembali buat semua pengunjung hijabviolet.blogspot:-)