SUMBER : DOODLE DAKWAH
Monday, November 28, 2011
dah cukup pandai??
gambar : doodle dakwah
Dalam kitab Kasyful Asrar dijelaskan manusia ada 14 jenis akal..
1) orang yang meninggalkan kemuliaan dunia
2) orang yang meninggalkan takabbur
3) orang yang banyak berbuat ibadat
4) orang yang banyak berbuat jalan kebajikan
5)orang yang benci pada kejahatan
6) orang yang banyak kasihnya kepada orang yang alim dan baik adabnya
7) orang yang banyak duduknya dalam majlis ilmu
8) orang yang bersegera membayar hutang
9) orang yang meninggalkan marah
10) orang yang murah tangannya (banyak bersedekah) dan orang yang manis mukanya (bvanyak senyum) dan manis mulutnya (cakap lembut lembut)
11) orang yang banyak kasihnya kepada kaum kerabat
12) orang yang tak makan yang haram
13) orang yang mahu terkena tapi tak mahu mengena (orang yang sanggup disakiti dan redha tetapi dirinya tidak akan menyakiti org lain)
14) benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan
ORANG YANG BERAKAL, TERPELIHARA DUNIA AKHIRATNYA, INSYAALLAH:)
jika dilihat begini, saya merasakan diri saya belum layak dikatakan berakal..masyaallah, mohon dipermudahkan diri ini bermujahadah..insyaallah kita sama sama...
Subscribe to:
Posts (Atom)