ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah
betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemani ku
terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan kau setia mengajar ku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyum mu melihat ku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
tak pernah kau tinggalkan diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
di saat diriku dalam kehampaan kau sedia mengajar ku erti kekuatan
tak dapat ku bayangkan hidup ku ayah tanpa engkau disisi
sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati
lagu Aeman: Ayah
hari ni, 9 julai bukan hari bapa atau hari apa - apa tapi hati terasa nak coret sesuatu buat seorang insan yang dimahkotakan panggilan abah. insan ini sangat bermakna dalam hidup ku. sebagai seorang anak perempuan, diriku diasuh dengan sempurna, diajar erti kehidupan dan penghidupan. seingat ku, tak ada yang kurang, semua yang aku mahu, perlu, suka dan kadang - kadang tak begitu memerlukan, semuanya aku miliki. tak ada yang kurang! hebat nya kasih seorang abah. seseorang yang amat menyokong minatku, memberi semangat, tak pernah padam. alangkah bertuah diri dilahirkan sebagai seorang anak perempuan kepada insan bergelar abah.
bila aku tarbaca satu sabda nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahuanhu, aku lantas tersenyum!
"sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan allah di akhirat kelak dengan wajah - wajah yang berseri umpama bulan purnama.
abah, anakmu ini ingin menjadi saksi di hadapan allah kelak bahawa kau layak memiliki penghormatan ini kerana kau juga berperanan seperti sabda nabi itu..
..hargailah seorang bapa selagi dia masih bernyawa..sanjungi dan hormati dia selagi masih ada..
No comments:
Post a Comment