Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……
Bismillahairrahmanirrahim..
Tiada yang istimewa untuk post kali ni, post yang hadir setelah hampir dua bulan menyepi! Pertama sekali, mintak maaf kepada semua yang selalu ke sini..tapi tiada yang baru, dan maaf jgak kepada sahabat – sahabat maya..kunjungan tidak terbalas dan ada juga yang da lost..masyaallah minta maaf ya!!
Sebenarnya, banyak bait bait tulisan yang tersimpan untuk dikongsi disini tapi tertangguh! Walaubagaimanapun, post kali ini terasa begitu perlu untuk dikongsi. Petang tadi, saya terdengar ungkapan seorang ustaz, Selaraskan Kompas Kehidupan Dengan Matlamat Akhir Kehidupan. Katanya lagi, matlamat hidup manusia yang paling akhir ialah syurga atau neraka. Hanya itu! Tiada pertengahan dan persimpangan, semuanya jelas! Jadi, sebagai manusia, tidak kira seburuk mana, fitrah kita ialah mencari dan mengharapkan syurga allah sebagai tempat tinggal kekal. Jadi tidak perlu lagi wujud statement, ini jalan hidup saya, ini pilihan saya, ini hal peribadi saya, ini hak saya…(jika statement dikeluarkan atas sebab yang bercanggah dengan ajaran agama) kerana kita sebenarnya tiada pilihan kerana setelah melenyapkan neraka sebagai tempat tinggal, kita wajib melakukan perkara yang membawa keredhaan allah seterusnya merebut syurga allah. Sahabat – sahabat yang diredhai allah selalu, insyaallah… hakikatnya, ada satu persoalan yang utama perlu dijawab sebelum kita melakukan sesuatu, apakah amalan yang akan kita lakukan melayakkan kita untuk menjadi ahlli syurga, mendapat redha allah? Hanya satu soalan, jadi kita sebenarnya tiada pilihan. Mahu atau tidak, nilai kembali sikap dan diri kita, jika dipihak sy, terlalu banyak calar dan garis dosa yang perlu disembuhkan..jika dulu, susah untuk menilai diri dengan satu soalan ini, tetapi setelah mendengar kata – kata ustaz itu tadi, ternyata, soalan itu harus mendahului setiap tingkah dan bicara agar kompas kehidupan selaras dengan matlamat akhir kehidupan. Tiada pilihan bukan beerti kita tiada kebebasan, tetapi bila terlalu banyak pilihan, manusia akan bebas sebebasnya! Bukankan lebih baik tiada pilihan jika itu menjamin kebahagiaan berbanding beribu - beribu pilihan tapi akhirnya tersungkur ke lembah kehinaan. Yakinlah, allah yang menciptakan manusia maka allah lebih mengetahui akan kebaikan dan keburukan dalam kehidupan manusia, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..:-)
1 comment:
:) hidayah setiap org berbeza2. tapi sgt rugi andai bila orang mengingatkan, kita tak ambil pusing dan berpegang pada prinsip kerugiannya.
thanks for the post. really meaningful. :)
Post a Comment