Wednesday, August 10, 2011

Bukan Mudah



Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

“ Mencintai tidak bererti memiliki..

Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,

Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,

Segala kesudahan rasa kerana hanya ALLAH mampu membolak balikkan hati manusia:-)

from now on, BERSABARLAH untuk menghormati cinta ALLAH:-) leave that 'name'..not to forget but to respect:-)

http://akuislam.com/blog/contest-aku-islam/hakikat-cinta-seorang-pencinta/#more-9750

1 comment:

♥ Ahlia iman ♥ said...

Salam 'alaik adik hijab =)

Segala Puji hanya layak pada ALLAH S.W.T, dan selayaknya hati hanya disandarkan hanya pada-Nya jua..

Moga ALLAH pandu hati2 kita semua menuju redha-Nya..aamiin