Thursday, September 22, 2011

KAMU PERGI

arwah bersama anak tunggalnya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

di suatu sudut rumah, aku memerhati

bagaimana datuk dan nenek menangisi
perginya cucu lelaki sulung mereka
bagaimana pak lang dan mak langku menangisi
perginya anak sulung kebanggaan mereka
bagaimana kakak dan abg saudaraku menangisi
perginya abg yang mereka sayangi
bagaimana ibu - ibu saudaraku menangisi
perginya anak saudara yang sering buat mereka tak kering gusi
bagaimana sepupu - sepupuku menangisi
perginya lambang ikatan satu hati

di suatu sudut rumah itu juga, aku turut menangisi pemergian mu wahai abg saudara yang disayangi..

perginya kamu ibarat sebahagian kebahagian kami juga pergi
di rumah itu, semua nya menjaga bicara
tersilap kata, air mata kan tumpah
aku jadi sedih melihat itu
sedih rasanya melihat orang - orang yang disayangi berjujuran air mata
bukan tanda kami tak redha
tapi tanda kami berserah pada YANG KUASA
bahawa, yang hidup pasti akan menjalani mati

perginya kamu meninggalkan zuriat yang akan kami jaga dan didik untuk menjadi penyambung generasi mu, menjadi sebaik dirimu dan sekuat dirimu, semoga soleh sepertimu..

kesedihanku bertambah apabila semua fotomu diterbalikkan..kerana kami tak mampu lagi untuk melihatnya, bukan bermaksud kami lupa tapi kerana kami tak dapat melupakan..selamanya akan tetap begitu...mana mungkin kami lupa kerana selama 27 tahun, kamu banyak membawa ceria dalam hidup kami semua..

one piece of my LIFE puzzle is gone...now, da puzzle is incomplete..O ALLAH, make us strong to see the emptiness..n remain that place ya allah..because there's no other pieces can suit to that place, only him
..AL FATIHAH BUAT MOHD REDZUAN SHAMSUDDIN..


No comments: