Melempar pandangan ke sebuah pantai yang cantik dan tenang di bawa desiran angin yang sentiasa menyebut kalimah zikir kepada ALLAH...ternyata ada yang berbeza..
Individu pertama berkata
Wah! cantik tempat ni, kalau dijadikan tempat perlancongan untung besar ni..membangun ekonomi orang Islam
Individu kedua berkata
Hm kalau bawa family ke sini ok jugak ni. Boleh jugak ajak diorang merenung kebesaran ALLAH
Individu ketiga berkata
Ternyata tempat ni banyak tersimpan sumber minyak yang belum diterokai. Peluang macam ni tak leh dilepaskan begitu saja
Individu keempat berkata
Habis je exam datang sini lah. Leh gak release tension!! Asyik mengadap portfolio setebal hikayat laila majnun memang leh demam!
Melihat hanya kepada pantai ternyata mengundang pelbagai persepsi. Konklusinya, setiap orang tak sama. Ada persepsi masing masing yang ternyata berbeza antara satu sama lain. Jangan memandang rendah kepada orang lain hanya kerana perbezaan pendapat. Perbezaan itulah yang akan membina ummah yang berinovasi!!
1 comment:
"x semua orang fikir mcm apa yang kita fikir.
x semua org macam apa yg kita paham. "
Post a Comment