Sunday, July 11, 2010

Hidup..Kehidupan..Penghidupan


hidup
tiada jalan yang mudah
jatuh kan rebah
sakit kian payah
yang tabah kan melangkah
yang putus asa mengaduh lelah

hidup
tiada kalimat senang hinga ke akhir
datang mehnah menguji fikir
datang gelombang menguji zikir
yang kuat kan melangkah
sekali lagi kan ada yang kecundang

hidup
tiada putus asa dan kecewa? satu penipuan
kerana telah terlakar di kalam suci
apakah cukup kamu berkata diri kamu beriman
sedangkan tiada ujian datang menyapa
menguji sabar mengulang cabar

hidup
tiada yang kekal..
satu hari semua akan pergi
sama ada kita suka atau tidak
kelak diri tetap bersendirian
membela dan berhujah dengan tingkah
disaksikan anggota yang tak pernah bersuara.

No comments: