Tuesday, July 20, 2010

Naluri Ibu bersuara,,pembohongan jadi terlalu jujur!

boleh tipu sesiapa sahaja tetapi bukan seorang ibu!! selalu aja ayat ini kita dengar, tak kira la kat drama melayu ka atau kat dalam laci meja ka (majalah, buku)ke, kat mana mana ajala kan.

mengapa? saja saja ke orang cakap macam tu? tak sebenarnya..TIDAK!! perkara ini,,naluri itu..ibu itu sememangnya benar. naluri ibu
selalu benar..kita ni lahirnya dari rahim ibu, darah yang mengalir ini darahnya jua..diri ini pernah berteduh di dalam rahimnya..mana ada manusia lahir daripada manusia melainkan hubungan ibu dan anak..hanya satu dalam dunia! jadi hubungan teristimewa yang ALLAH cipta ini pasti akan kekal istimewa hingga ke akhir kalam.

syurga itu di bawah telapak kaki ibu...! taati dan patuhi kedua orang tuamu dan nabi juga menyebut ibumu..ibumu dan ibumu dan kemudian barulah bapamu..jadi disini penghormatan itu tak siapa dapat nafikan..

pernah tak terjadi

  • bila kita rasa terlalu sedih hinggakan tak tahu nak mcm mana, tiba tiba telefon berdering dan tertera perkataan 'mama'...bila jawab, terus tanya, tak sihat ka? ya allah..tak perlu ckap apa apa..tak perlu apa apa hint...naluri itu bersuara..pembohongan kita akan jadi terlalu ikhlas..memang tak dapat berbohong..ini la hatinya seorang ibu. dapat rasai apa yang anaknya lalui tanpa perlu bercerita bagaikan novel..berjela beruntai kata..bermadah helah hingga lelah..tak perlu!! si ibu akan terus pergi ke konklusi
  • bila keadaan kita tak mengizinkan untuk berjumpa sesiapa pun..tiba tiba ada mesej cakap, mama tunggu kat depan, nak jumpa kejap! hah? tak de angin tak de ribut datang melawat..malam malam pulak tu..tapi sememangnya keadaan kita tak berapa baik, tak sihat dan sebagainya..jadi disini skali lagi naluri ibu bersuara...pada waktu ini tak payah sembunyikan apa apa sebabnya memang akan sia sia kerana pembohongan akan jadi terlalu jujur...sekali lagi tak perlu cerita amik site corner ke, free kick ke, jawapan nya akan terus jadi penalti..naluri ibu itu akan menceritakan semua nya..
ibu hanya satu dalam dunia..hanya satu itu..tidak ada insan lain yang dapat memahami diri kita sebaik ibu kita sendiri..hakikatnya, walau anak di humban ke lembah paling hina, si ibu akan terus memberi tangan sebagai kekuatan. ibu itu anugerah yang melengkapi sesiapa sahaja, menjadi cahaya paling terang di saat kegelapan dan mentor paling berjaya di saat kegagalan dan hakim paling tegas di saat tingkah tersalah langkah..

mama..sayang mama :-)

2 comments:

anauhibbu said...

btoi hijabviolet..
penah jd gakk..
tgh duk nanges2..
tiba2 mak kol..
terharu sgt..^^

huhu..syg mak sy!

HiJaBViOLet said...

btol anauhibbu..!!
same wif me..hehe