nampak gambar kat atas ni? ini adalah gambar tandas! ye tandas! tandas yang dibina dengan berdasarkan kepada imej muslimah bertudung litup. mungkin ramai yang da tengok gambar ni tapi nak jugak share kat sini..buat yang tak pernah tengok..ini adalah penghinaan paling tegar buat kaum yang sejenis dengan ku..perempuan islam..
menurut maklumat yang sy dapat, tandas ini dibina oleh israel untuk dipasarkan ke seluruh dunia. selain itu, ada jugak komen menytakan tandas ini disimbolkan sebagai, kaum wanita islam hanyalah sebagai alat untuk memuaskan nafsu seks. hanya itu!! nauzubillah..bergetar hati rasanya melihat penghinaan sedasyat ini..
allah menciptakan kami kaum hawa sebagai ciptaan yang paling istimewa..punya ciri kelembutan dan pastinya punya maruah dan harga diri yang tak boleh dibeli di mana - mana. tetapi ternyata israel merendahkan kami sedemikian rupa..hairan..tidak satupun yang membantah dan mengecam perbuatan ini..
yang pasti, tiada lagi perjanjian dan perdamaian dengan yang namanya ISRAEL..! TIADA! sedarlah wahai dunia. TIADA LAGI PERJANJIAN PERDAMAIAN,
kadang - kadang perkataan mengajar dan mengatur perbuatan..jika baik perkataannya, cantiklah perbuatannya..jika karat perkataannya, hakikatnya itulah yang akan dizahirkan melalui perbuatan..wallahualam..
Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu., bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata.
Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu pada tadi malam, kemarin, atau waktu yang lalu…. Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja… Tak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu.
Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk…
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.
Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya…..
Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV, Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan, hingga waktu- waktu untukKu dilupakan.
Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.
Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak mengapa kerana mungkin engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.
Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba.
Baiklah….. engkau bangun kembali dan kembali Aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu…
Tapi yang Kutunggu … ah tak juga kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi kau masih tidak mempedulikan Aku.
Tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, tak ada pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU….
Apakah salahKu padamu …? Rezeki yang Kulimpahkan, kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan, kebahagiaan yang Kuanugerahkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu ???
Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.
Yang selalu bersamamu setiap saat, Tuhanmu…. ~ Khalil Gibran
Cahaya pertama seperti bintang-bintang.. Cahaya yang ke2 seperti cahaya bulan.. Cahaya yang ke3 seperti cahaya matahari..
Apabila di tanya apakah cahaya ini? Lalu dijawab
“cahaya yang pertama adalah cahaya wajah manusia yang ketika di dunia mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabil mendengar azan.
Cahaya yang kedua ialah wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka yang tatkala di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi…
malam malam indah tatkala manusia memuji TuhanNYA suasana sunyi manusia bersujud sama di setiap sudut rumah ALLAH sunyi pagi yang tenang menjadi saksi manusia bangun memuji KHALIQNYA embun pagi yang menjadi teman menjamah sahur mencari keberkatan suara suara merdu memuji YA RABB, mengalun lunak kalimah kalamullah.. semuanya bakal hilang..pemergian mu Ramadhan, di tangisi jutaan insan yang kenal tuhanNYA..tetapi bagi diriku yang serba kekurangan..ternyata pemergian mu mengundang pertanyaan, adakan ini yang terakhir??ya ALLAH..
cahaya menjelma... meraikan kemenangan umat islam melawan nafsu.. meleraikan persengketaan dan menjalin persaudaraan mempraktikkan amalan ziarah di mana mana memuji betapa agung DIA YANG SATU.. memberi riang di hati semua kehadiran mu SYAWAL...satu rahmat tiada terkira
kepada semua yang kenal, tak kira melalui sebaris nama HIJABVIOLET atau nama yang tertera di ic :-) mohon maaf atas semua salah dan silap, mohon seribu kemaafan..SALAM AIDILFITRI..ha tak lupa untuk pembaca kat sini, yang selalu komen dan setia melawat, trima kasih semuanya...kepada yang terasa hati, maaf dipinta selama lama:-)
Dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi dalam dunia manusia ada haiwan! Ungkapan ini kita dengar kat tv selalu..mungkin ada benarnya..manusia hari ini tingkahnya mengalahkan haiwan..jika haiwan membunuh untuk makan, manusia membunuh atas kesilapan diri..kalau haiwan bergaduh kerana pasangan, manusia juga bergaduh kerana berebut kekasih haram. Bukankah begitu? Haiwan bergaduh dan membunuh adalah perkara biasa malah menjadi keperluan demi mendapatkan keperluan asas. Tak pernah pula haiwan bergaduh dan membunuh diceritakan di halaman depan akhbar berminggu – minggu, bermuka – muka..tetapi lain ceritanya jika manusia..kerana apa? Kita punya akal dan iman! Anugerah, nikmat bernilai yang telah Allah kurniakan kepada kita ..jadi akal dan iman akan menyangkal perbuatan semacam haiwan.
Sedih kan…manusia dah disamakan dengan haiwan tetapi cuba fikir, manusia buang anak tetapi penguin sanggup tetap berdiri berbulan bulan tunggu telur menetas tanpa makan dan minum, anak gajah pulak sanggup tunggu jasad mak dia yang da mati sampai reput, dan kucing plak takkan makan selagi anak nya yang kecik – kecik tu tak makan, bila berfikir kembali, kita disamakan dengan haiwan atau kita lebih rendah dari itu? Nauzubillah…mudah mudahan dijauhkan dari ujian sehebat itu.
Hari ini, dunia haiwan mengajar diriku erti hidup. Itik. Haiwan kecil yang hidup di air itu memang istimewa. Memang dari dulu, suka perhatikan itik. Nampak symbol ketenangan. Tengok itik berenang dalam sungai terasa macam happy. Tak tau kenapa. Tapi hari ni, bila ternampak itik berenang kat sungai, timbul satu analogi dan sesungguhnya ilham itu dari ALLAH, mungkin untuk menunjuk jalan kepada diri yang mungkin da silap percaturan. Tetiba terdetik, kenapa aku tak macam itik? Macam yang macam mana? Cuba tengok itik yang berenang, sangat perlahan dan tenang, tapi kalau kita tengok kaki nya yang di bawah permukaan air tu, ternyata terlalu payah dan pantas pergerakannya, untuk apa? Untuk membolehkan dirinya tetap stabil dan survive atas permukaan air tu.
Sama aja dengan kehidupan manusia, bila ujian dan dugaan datang melanda, kenapa kita tak tenang macam tu? Itik berusaha keras untuk survive dan kepayahan di bawah permukaan air tu tak siapa pun nampak, malah langsung tak diketahui. Kan? Ingin sekali jadi macam itik, betapa susah sekalipun, tak perlu satu dunia tahu..hanya diri sendiri paham keadaan diri dan selebihnya serah pada ALLAH. Biar orang sekeliling tengok kita tenang dan happy macam itik tu padahal disebalik air, disebalik wajah tenang tu ada jalan – jalan mati yang harus diuraikan dan disusun satu persatu.. sesungguhnya pada setiap ciptaan ALLAH itu ada tanda keagunganNYA..SUBHANALLAH!
Daripada seekor itik yang memang sering diperhatikan datang mesej indah daripada ALLAH..ingatlah, mengadu pada manusia, manusia hanya mampu mendengar dan mengadu pada ALLAH, DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGASIHANI, sebaik baik jalan datangnya dari DIA kerana mngkin kita menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untuk kita dan mungkin kita membenci sesuatu tetapi ia adalah yang terbaik untuk kita. MUSLIMAH ALWAYS SMILE IN TROUBLES!