Thursday, September 9, 2010

ITIK iTU mENGAjar ErTI hIDUp

Dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi dalam dunia manusia ada haiwan! Ungkapan ini kita dengar kat tv selalu..mungkin ada benarnya..manusia hari ini tingkahnya mengalahkan haiwan..jika haiwan membunuh untuk makan, manusia membunuh atas kesilapan diri..kalau haiwan bergaduh kerana pasangan, manusia juga bergaduh kerana berebut kekasih haram. Bukankah begitu? Haiwan bergaduh dan membunuh adalah perkara biasa malah menjadi keperluan demi mendapatkan keperluan asas. Tak pernah pula haiwan bergaduh dan membunuh diceritakan di halaman depan akhbar berminggu – minggu, bermuka – muka..tetapi lain ceritanya jika manusia..kerana apa? Kita punya akal dan iman! Anugerah, nikmat bernilai yang telah Allah kurniakan kepada kita ..jadi akal dan iman akan menyangkal perbuatan semacam haiwan.

Sedih kan…manusia dah disamakan dengan haiwan tetapi cuba fikir, manusia buang anak tetapi penguin sanggup tetap berdiri berbulan bulan tunggu telur menetas tanpa makan dan minum, anak gajah pulak sanggup tunggu jasad mak dia yang da mati sampai reput, dan kucing plak takkan makan selagi anak nya yang kecik – kecik tu tak makan, bila berfikir kembali, kita disamakan dengan haiwan atau kita lebih rendah dari itu? Nauzubillah…mudah mudahan dijauhkan dari ujian sehebat itu.

Hari ini, dunia haiwan mengajar diriku erti hidup. Itik. Haiwan kecil yang hidup di air itu memang istimewa. Memang dari dulu, suka perhatikan itik. Nampak symbol ketenangan. Tengok itik berenang dalam sungai terasa macam happy. Tak tau kenapa. Tapi hari ni, bila ternampak itik berenang kat sungai, timbul satu analogi dan sesungguhnya ilham itu dari ALLAH, mungkin untuk menunjuk jalan kepada diri yang mungkin da silap percaturan. Tetiba terdetik, kenapa aku tak macam itik? Macam yang macam mana? Cuba tengok itik yang berenang, sangat perlahan dan tenang, tapi kalau kita tengok kaki nya yang di bawah permukaan air tu, ternyata terlalu payah dan pantas pergerakannya, untuk apa? Untuk membolehkan dirinya tetap stabil dan survive atas permukaan air tu.

Sama aja dengan kehidupan manusia, bila ujian dan dugaan datang melanda, kenapa kita tak tenang macam tu? Itik berusaha keras untuk survive dan kepayahan di bawah permukaan air tu tak siapa pun nampak, malah langsung tak diketahui. Kan? Ingin sekali jadi macam itik, betapa susah sekalipun, tak perlu satu dunia tahu..hanya diri sendiri paham keadaan diri dan selebihnya serah pada ALLAH. Biar orang sekeliling tengok kita tenang dan happy macam itik tu padahal disebalik air, disebalik wajah tenang tu ada jalan – jalan mati yang harus diuraikan dan disusun satu persatu.. sesungguhnya pada setiap ciptaan ALLAH itu ada tanda keagunganNYA..SUBHANALLAH!

Daripada seekor itik yang memang sering diperhatikan datang mesej indah daripada ALLAH..ingatlah, mengadu pada manusia, manusia hanya mampu mendengar dan mengadu pada ALLAH, DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGASIHANI, sebaik baik jalan datangnya dari DIA kerana mngkin kita menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untuk kita dan mungkin kita membenci sesuatu tetapi ia adalah yang terbaik untuk kita. MUSLIMAH ALWAYS SMILE IN TROUBLES!

3 comments:

amira said...

dah terasa sanagt keadaan sekarang macam jahiliyah dulu2.. moga dijauhkan.. nauzubillah

MuNie said...

salam rindu utk hijab.. :) sukenye bicara tentang haiwan sbb muni penggemar haiwan jgk.

bagusnya itik mengajar erti hidup. slalau muni dgr, jadilah spt ikan, biar environmentnye masin, isi dagingnya tidak pula masin bahkan lebih sedap. maksudnye, biarlah envi kte truk cmne pun, kte tetap dlm landasan diri yg benar.

salam aidilfitri yer.. mtk maaf zahir dan batin..

aLysA maIsaRah said...

mumtaz..mabruk alaiki ya ukhti...best ler..penuh info!!!