Wednesday, July 21, 2010

kamu sayang dia lebih daripada DIA??



ya allah..letakkan dunia di telapak tangan ku agar mampu aku takhluki dan akhirat di hati ku agar aku rindui..

ketika mata terbuka..dia yang menghiasi pemandangan kamu..tetapi pada mulanya kamu takut dengan dia, berasa tidak selamat kerana dia terlalu luas dan besar berbanding pemandangan kamu yang dulu. tetapi lama kelamaan kamu jadi suka dan ceria dengan dia. dia ajar kamu macam - macam dan sediakan apa sahaja yang kamu mahu. ka mu jadi sayang dengan dia. kamu jatuh cinta dengan dia. kamu biar dia tentukan hidup kamu, walhal yang sebenarnya kamu yang sepatutnya menentukan laluan dia. dia harus ikut kehendak kamu bukan kamu yang mengikut telunjuknya!! bukaaaaaaaan!!

disebalik dia sebenarnya ada DIA..sebenarnya DIA lebih sayangkan kamu berbanding dia, tetapi kamu tidak meyakini DIA..kerana apa? apa yang dijanjikan DIA sering tak kelihatan..kamu hanya perlu meyakini DIA..itu sahaja tapi ternyata kamu tak mahu..kerana kamu terlalu sayang dia..yela dia ada kemewahan yang kamu inginkan dan dia ada hiburan yang kamu idam idamkan..tetapi kamu tak sedar..semua yang dia ada adalah milik DIA..ternyata DIA lebih kaya tapi kamu tetap sayang dia lebih daripada DIA..

buktinya, dia selalu aja bawa kamu melengah lengahkan tugas kamu pada DIA..padahal kamu hamba DIA..yang menciptakan kamu, tetapi kamu jadi hamba dia..kamu ikut segala kehendak dia dengan menafikan tuntutan DIA..yang akhirnya membawa kamu kelembah kehinaan..pernahkah kamu bayangkan apa perasaan seseorang yang telah memberi kita segalanya tetapi kita lupakan dia macam itu aja..seolah olah dia tak pernah wujud..bukankah dia akan terluka?? tapi bagi DIA, DIA langsung tak memerlukan kamu kerana dia yang menciptakan kamu..DIA mampu mencipta berjuta juta kamu...bukan hanya kamu seorang!! TETAPI kenyataan yang harus kamu ingat ialah KAMU MEMERLUKAN KEPADA DIA! TANPA KASIH DIA KAMU AKAN JADI KAMU YANG PALING RUGI..
DIA hanya meminjamkan dia kepada kamu untuk kamu cari redha DIA..bukan kamu jadi hamba dia hingga kamu lupa matlamat kamu yang sebenarnya adalah DIA..bukan kamu tak boleh menyayangi dia tetapi kamu perlu salurkan sayang kamu agar dia membantu kamu mencari redha DIA..bukan kamu membiarkan dia mengadili diri kamu!!

hakikatnya, kamu dan dia adalah milik DIA yang mutlak..jadi mengapa kamu mencintai dia lebih daripada DIA...??

dia ialah dunia
DIA ialah ALLAH S.W.T
kamu adalah diri kita manusia yang lemah.


p/s peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu aja kalah dengan dia dan mempersiakan cinta DIA..astaghfirullahhalazim...mudah mudahan sifat DIA yang MAHA PENGAMPUN itu selalu menemani perjalanan hidup kita..


2 comments:

pearl apple said...

huhu...setuju2...=)

♥xaturen♥ said...

huhu...setuju2...;) syukran..