Friday, July 16, 2010

Mutiara Jernih Di Sisi Bidadari..



16 julai tau!! jangan lupa ok ok insyaallah..tp nanti bila nak dekat date tu remind lagi tau...! kataku sambil menaip reminder di telefonku... "adk ct going to syria"
hari berganti hari...jam berganti jam..minit berganti minit..16 julai da kian hampir..tp tiba tiba aku perasan, oh hari khamis. 16 julai khamis!! kuliah?? sempat ke nak jumpa...tapi dalam dok fikir - fikir tu, sepupu ku msg and ckp, takpe nanti kita usahakan..insyaallah jumpa..

aku sangat yakin dengan perkataan insyaallah tu..sangat yakin..!! tiba - tiba pkk kelas ckap, khamis tak de kelas tau!! wah alhamdulillah!! sangat seronok..ya kalimah insyaallah itu betol betol berkuasa. jika allah hendak macam tu, tak siapa dapat menghalang..!! kan kan?? hehe

apa lagi ditunggu..hari rabu habis je kelas terus angkat beg balik..dan semua urusan dipermudahkan.. sampai rumah aku terus confirm ngan sepupu ku ini tentang waktu penerbangan n sebagainya..n terus ckp kat dia ok insyaallah kita jumpa kat airport.

bila da sampai airport..ngan family..aku terus aje cari kelibat sepupu ku ini tapi baru aje naik tangga..aku nampak di dpan aku semua nya berkopiah putih..ramai.tenang aje dok sembang2..sekali pandang, aku terus berhenti! tak berani da angkat muka..baru aku teringat ada 15 orang semua yang akan pergi dengan sepupuku...oh mestila ramai dengan ahli keluarga lagi..dalam hati terdetik ya allah tenangnya suasana..berjubah, berkopiah, bertudung labuh, dan yang paling aku kagumi..purdah itu..menutupi wajah wajah suci mereka..dalam serba hitam. ya warna yang tidak menarik perhatian ajnabi..tapi bagi ku, wajah yang ditutupi itu sangat jelita dan mengundang tenang sesiapa yang memandang..

dalam menilai situasi aku ternampak kelibat sepupu ku, serba hitam tetapi wajahnya yang selalu berpurdah ketika di tempat belajarnya dibuka untuk ahli keluarga yang datang menziarah. terus aku pergi mendapatkannya..katanya bila balik?hehe.. pelukan erat menjadi saksi dua saudara yang selalu berkirim khabar dan angin angin peringatan tentang ayat ayat yang meniup semangat dan sabar bakal berpisah demi ilmu..ya demi ilmu..

pada ketika itu, ada yang bergambar, dan bermacam macam gaya dan kami mengambil kesempatan ini untuk bersembang dan meniupkan semangat..dan dalam pada itu pengumuman tentang penerbangan nya bergema..tanda masa perpisahan semakin hampir..dan pelajar pelajar diminta bersedia oleh seorang ustaz yang megetuai perjalanan mereka.

saat ini... aku berada berhampiran sepupuku dan dia memandangku tanpa kata...matanya sudah berair menahan tangis..dan sekali lagi kami berpelukan! erat! ini yang terakhir..katanya...da tak tau nak ckp apa..ckp ngan dia..takpa, kita leh selalu berhubung..ym kan ada..memang itu perhubungan yang selalu kami praktikkan..dia kata nanti insyaalah kita jumpa lagi..aduh!! mutiara yang cuba ditahan - tahan, da mula menitis..ya allah mcm ni rasanya berpisah dengan orang yang kita sayang..apatah lagi bila tau mungkin 4 tahun lagi baru berjumpa..

dan kini giliran saudara mara yang lain mendapatkannya dan ada bisikan doa dan harapan yang menyapa dan bibir sepupuku ini tidak lekang mengucap kata..doa doakan doakan..bila tiba saat mengucapkan kalimah perpisahan kepada ibu yang tercinta iaitu mak lang ku, suasana hiba memenuhi ruang..tapi ibu ini sangat tenang walau ada mutiara jernih membasahi pipi.

dan sepupuku berlalu masuk ke balai perlepasan..aku memandangnya dari jauh, mata bertemu mata dan aku hanya mampu menganguk, begitu juga dia...dalam hati berkata..berpisah kerana allah insyaalah tak gelisah..!! yakin dengan kalimah itu. dalam pada menyaksikan mereka berbaris panjang..aku tak dapat menipu diri aku ingin menjadi seperti mereka...menutup diri untuk pandangan yang berhak..menuntut ilmu hingga ke bumi anbia..sungguh! terasa diri sangat kerdil berbanding mereka..sedih! tapi aku bersyukur, jalan kehidupan ku juga mudah dan ada cinta ilahi yang mengiringiku...insyaallah!

tapi diakhir kata, aku ingin meminjam azam sepupuku, katanya, dia ingin juga melangkah ke bumi anbia, jika bukan kerana belajar mungkin kerana agenda lain..dan hajat nya telah dimakbulkan! aku juga ingin seperti dia.. ya ukhti... i luv u so much... moga semangat dakwah di bumi anbia turut menyinari hembusan nafasku disini...

1 comment:

OrenLimau said...

huhhu...touching2..
bila da jauh,sure ada banyak kebaikan.
ada hikmahnya..sapa tahu kan..ehem2

eyp,jom2 kita gi sana~!heee~