SELAMAT BER SBE (SCHOOL BASED EXPERIENCE)
walau kita tak sama arah
ada perak, johor dan kedah
ingin juga ku ucap selamat semua lah:-)
Bicara pokoknya disini, bila hidup di kampus atau institusi pengajian tinggi berkawan dengan non muslim tu perkara biasa la kan. Hm semua pernah melalui situasi ni apatah lagi kalau non muslim ni memang baik dan sangat caring dengan kita. Tetapi yang non muslim ni kadang kala bertepuk tampar juga dengan lelaki muslim. Nak menegur yang lelaki ni bukan senang..banyak jawabnya nanti jadi ambil inisiatif , kita tegur non muslim yang perempuan ni..kita cakap lembut lembut dengan dia..
Eh tadi saya nampak u pukul tangan classmate saya kan?
Ya la saya mara sama dia..suka usik saya
Hm sebenarnya kan, u tak leh buat macam tu..u tak leh sentuh dia
Ha..ya ka? Saya tak tau ma..eh u crita la sama saya, knapa tak leh?
Hm sebabnya, u kan perempuan, dia lelaki..u tak leh sentuh dia kerana kan Nampak tak manis..lagipun dalam agama saya lelaki dan perempuan yang tak de hubungan perkahwinan ataupun ahli keluarga rapat tak leh sentuh menyentuh..
Oh macam itu ka? Saya mintak maaf ma, saya tak tau..(katanya sambil terenyum) hm jadi saya tak leh sentuh dia, tapi dia boleh la sentuh saya?
Oh tak tak bukan macam tu, dia pun tak leh sentuh u, dua dua tak leh melainkan u jadi isteri dia ma…
Woh jangan cakap itu macam la u..hehe tapikan I tak sentuh tangan dia, baju dia saja..itu mcam pun tak leh ka?
Hm boleh..sebab berlapik tetapi kalau tidak ada perkara yang mendesak atau kecemasan..kan tak sopan walaupun berlapik
Oh..sekarang saya faham…sory la..i tak de sentuh lagi dia lepas ni..
Alhamdulilah! Sekurang kurangnya..kesucian lelaki muslim ini akan lebih terpelihara dan dalam masa yang sama yang non muslim ni pun dapat didedahkan dengan keindahan agama suci kita..
Satu hari satu masa satu ketika…
Bila kita pergi ziarah bilik dia sambil hantar makanan kepada dia…saja saja melawat..mengeratkan persahabatan..
Eh I nak Tanya u satu perkara..boleh tak?
Tanyala..u nak tau tentang apa?
Tak la..hari tu u cakap dengan I lelaki dan perempuan tak leh sentuh sentuh kan..??
Ye..kenapa?
I ada nampak kat kampus kawan kawan yang muslim sentuh sentuh..pegang pegang…itu dosakan??
Ya allah…saya terkejut! Terkesima! Terperanjat! Tak tau nak ckap apa tapi cuba berlagak tenang..
Eh dosakan??
Saya mengangguk..
Hm kalau tau itu dosa kenapa mereka buat?? Kenapa? Mereka tak takut ka? Kalau saya saya sangat segan macam itu..m alu ma semua orang tengok…
Ya allah…sekali lagi saya terkedu..tak sangka ini yang akan keluar dari mulut dia..mengapa non muslim boleh mempersoalkan kita sejauh itu..hm saya senyum aje pada dia dan Tanya..ok macam ni, dalam kitab agama u pun minum arak tak leh kan? Tapi ada jugak kan yang minum arak? Dan mencuri pun dilarang kan? Tapi ada jugak yang mencuri..kan? kini dia pula kembali tersenyum pada saya,…oh sekarang saya faham apa kamu nak cakap..
Saya menarik nafas lega….tapi u kena ingat perkara tu tetap tak boleh tau..
Ok saya faham…
Jadi sahabat sahabat yang disayangi sekalian, ini kah contoh kita pada non muslim yang betol betol mengambil berat tentang agama kita? Ingat, tudung yang kita pakai mencerminkan kita seorang muslim dan contoh kepada yang bukan muslim tetapi jangan sampai non muslim yang tidak bertudung itu mempersoalkan tindak tanduk kita yang jelas mengundang pertanyaan di hati dia…nauzubillah..jangan kerana kita agama kita dipandang serong oleh non muslim..nauzubillah..