Monday, August 9, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan..







HIJABVIOLET mengambil kesempatan ini merungkaikan SALAM RAMADHAN buat semua sahabat, tidak kira sahabat maya yang selalu berkunjung menyinari blog ini dengan komen komen yang selalu membina kekuatan diri untuk terus menulis dan menegakkan walau sepotong ayat. terima kasih kalian! jazakallah..jazakillah:-) juga teman teman dunia realiti yang selalu seiringan mencari redha ALLAH. INSYAALLAH..sayang kalian kerana ALLAH.

kepada semua sahabat, jutaan maaf dipohon atas keterlanjuran dan kekhilafan tingkah yang mengundang bekas dan luka dihati. tiada apa yang diharapkan melainkan kesempurnaan di awal, pertengahan dan akhir ramadhan yang mulia ini.

teristimewa buat keluarga tercinta, SALAM RAMADHAN..mudah mudahan syurga adalah tempat kita bersama kekal abadi di penghujung perjalanan mencari diri. INSYAALLAH.

tidak lupa buat guru - guru yang pernah mendidik dan menumpahkan keringat buat diri ini, SALAM RAMADHAN khas buat kalian..ILMU dari kalian menjadikan diriku yang hari ini. diri ku yang bakal meneruskan delegasi mulia amanah dari kalian

terakhir kali, buat saudara saudaraku yang menzahirkan darah perjuangan sebagai galang ganti menuntut syurga ALLAH, aku ingin menjadi sebahagian daripada kalian, mudah mudahan RAMADHAN ini membawa kita untuk duduk bersama memenuhi tuntutan agama walau keadaan aku dan kamu bagai langit dan bumi kerana langit kamu hujan nya peluru dan langitku hujan nya titisan air dan bumi kamu limpahnya darah dan bumi ku limpahnya sejahtera...namun aku pasti ibadah kamu menjadi lebih istimewa berbanding ku..kerana sesungguhnya jalan ke syurga itu payah..
SAUDARAKU DI PALESTIN, SALAM RAMADHAN TULUS BUAT KALIAN..

sesungguhnya ramadhan ini membuatkan diriku mengenang insan insan yang selalu berada di hati dan ada antaranya yang telah ku buang terus, maaf kepada yang ku buang terus, syariat tak pernah berkehendakkan begitu.

KU MENGHARAPKAN RAMADHAN YANG KU LALUI PENUH SEMPURNA BERSAMA INSAN INSAN YANG REDHA ALLAH SEBAGAI PEMILIKNYA...

5 comments:

amira said...

salam Ramadhan mendatang.. marilah berlumba tingkatkan amal..

MuNie said...

salam hijab.. :) selamat menjalani ibadah puasa thn ni. ceria2 slalu dgn nikmat yg Allah turunkn..

syahirah tahir @ shirata said...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN! mudah2an kita jadikan ramadhan kali ini lebih baik dr ramadhan yg dahulu. Insya Allah...

iqbalsyarie said...

saya juga sama.Salam kebaikan.salam ramadhan ;)
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

HiJaBViOLet said...

salam menyambut ramadhan kepada semua..mohon maaf ya andai ada terguris dengan isi atau tuan punya blog..maaf..