Saturday, August 28, 2010

Cara Mereka Buat Semua Tersenyum

assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa..

dah lama tak ,mencoret sesuatu di sini, tak sempat, asgment mencuri semua masa yang senggang.

alhamdulilah, sekarang da agak lapang, nak kongsi satu cerita realiti yang membuat semua tersenyum,

berdakwah itu wajib kepada semua yang bergelar muslim, sampaikan lah walau sepotong ayat. bukan ke begitu? cuma tinggal kekuatan diri aja, mampu atau tak dan mahu atau tak. tapi orang selalu kata, mahu akan mencipta mampu!

hujung minggu lepas, sy berbuka di rumah dan petang tu bila tgu waktu berbuka, pagar rumah berbunyi, abah keluar tengok dan ada seseorang tengan masukkan sesuatu dalam peti surat. abah menegur dan abah sangka orang itu datang meminta derma..abah menjemput masuk dan ajak berbuka, tetapi katanya, tak apa pak cik, saya nak bg ni..

hm tau tak apa yang dibagi??

ha ada beg, buah kurma, kuih dan pamplet..pamplet apa? CARA MENUTUP AURAT DENGAN BETUL..

abah tanya mereka, dari mana? katanya student AL AZHAR..balik bercuti mungkin..

abah masuk aje umah, terus bg nah ni ada sesuatu untuk dibaca, kata abah sambil tersenyum

saya ambil dan baca..oh oh..smua nya tentang aurat lelaki dan perempuan..

sambil petang tu berbuka makan buah kuih yang diberi:-)

apa yang sy nak tekankan disini ialah cara mereka berdakwah..sangat kreatif dan bersahaja, mampu memberi kegembiraan pada semua orang, datang bawa juadah berbuka sambil mengajak menutup aurat dengan betul. lain dari yang lain. sy tak pasti jika cara ini sudah lama dipraktikkan tetapi bg saya, ini pengalaman pertama saya berdepan situasi yang sebegini.

selalunya bila orang berbicara tentang aurat, ramai yang tak senang, tetapi pendekatan mereka BUAT SEMUA TERSENYUM:-)

4 comments:

MuNie said...

salam hijab.

wah bestnye.. bagus betul cara mcm tu. kreatif sgt. :)

OrenLimau said...

heeeeeeeeeee...siapa student al azhar tu?

Hamli Sanai said...

scan la artikel yg die bg tu, nk jugak baca apa kandungannya~~

HiJaBViOLet said...

munie: salam munie, hm kreatif kan? indahnya islam tu:-)

orenlimau: tak tahu la sy..:-)

hamli sanai: niat nya memang mcm tu hamli tapi tertinggal kat umah pamplet tu..insyaallah bila berkesempatan