Thursday, August 12, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE


nampak aja tajuk kat atas tu, pasti ramai yang da mula tersenyum sendiri..terbayang kan lirik lagu Maher Zain yang didekasi kan untuk permaisuri hati itu kan???

for the rest of my life
i ll be with u,

i stay by your side
honest and true to the end of my time
i ll be loving u..

ok! tamat lagu.

sebenarnya bukan itu fokusnya entry kali ni tapi ini melibatkan perjuangan yang belum selesai. PALESTIN! saya dan semua warga IPG kat sini da suarakan suara hati kami bahawa PALESTIN akan jadi watak dalam FOR THE REST OF MY LIFE tu..sayang selamanya, berjuang demi mereka tak kira guna pena, lisan atau anggota. sungguh! hati tak sanggup melihat penderitaan mereka, di saat mereka bertanya, di mana kalian?? di mana? akan kami dakwa kalian di depan ALLAH....YA ALLAH, hati terasa bagai kan hancur, dimana aku? masih bersuka ria, masih berbaris panjang membeli barangan yang akan menyumbang peluru kepada mereka...CUKUP!! CUKUP! jangan kita rasa ini bukan urusan kita kerana telah termaktub kemas bahawa
sesiapa yang tidak memikirkan masalah orang islam, dia bukan dari kalangan mereka.

5 bintang untuk mereka! untuk siapa?
BADAN DAKWAH DAN SURAU (BADAS) IPG KSAH yang telah menjayakan malam puisi palestin yang bertemakan FOR THE REST OF MY LIFE ni sebab mesej nya betul betul sampai! banyak pengisiannya, sketsa, sajak, nasyid, tayangan video dan pantun yang semuanya bertemakan palestin. paling sayu bila membacakan doa untuk mereka beramai ramai kat dalam dewan tu....menanti kepada islam gemilang kembali..dapat merampas kembali tanah palestin yang da dinoda itu..

tolonglah wahai pemuda islam, dimana kalian?? pergilah berjihad demi palestin. tegakkan kembali kalimah ALLAH di bumi palestin..tolonglah..kami perlukan muslimin yang mencari redha ALLAH agar kami juga kuat untuk bersama sama kalian menuju cinta ALLAH..! sedarlah, ini urusan kalian yang paling utama,bangunlah...lafazlah bahawasanya kalian akan berjihad demi allah, nescaya kami akan tersenyum menyokong kalian. INSYAALLAH.

5 comments:

amira said...

Alhamdulillah.. saya dapat hadirkan diri ke majlis itu. Penuh pengisiannya. Tahniah!!!

anauhibbu said...

mcm besa..
ana uhibbu~ :)
badas the best..
msj mlm 2 mmg smpay,,
alhamdulillah...

MuNie said...

salam.

usaha terpuji utk BADAS IPG. :) semoga usaha kalian dpt sedikit sbyk membantu dlm meringankan pnderitaan saudara Palestin kita di sana. ameen...

camne la dorg puasa kn..?

HiJaBViOLet said...

mira: thanx to be there..semoga sokongan kalian kepada BADAS akan terus menyemarakkan BADAS untuk terus berprogram di IPG KSAH.teruskan menyokong ya

anauhibbu: thanx selalu menyokong. u r my silent supporter. hehe trima kasih hadir!! sayang palestin:-)

munie: thanx munie..insyaallah kami juga sama sama ingin meringankan beban mereka..melalui AMAN PALESTIN, kami dermakan apa yang termampu...itulah, sayu fikirkan bagaimana mereka berpuasa..ya ALLAH...tenangkan mereka menjalani ibadah kepada MU

aisyahHumaira said...

Salam dik,

Dengan kekuatan Iman dan Taqwa mereka kuat menghadapi segala kesusahan hidup..perjuangan hidup mereka memperjuangkan agama dan tanah air, tiada siapa mampu menggalasnya..itulah kekuatan yg ada pd mereka. Allahu Akbar....