Wednesday, June 30, 2010

betulkan yang biasa..biasakan yang betul


kadang - kadang kita melihat sesuatu perkara dengan mengangap ianya terlalu mudah untuk dilakukan..padahal tanpa sedar kita tak mampu untuk lakukan..malah salah pula bila kita lakukan. jadi, ayuh kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul

  1. amalan memberi salam
kenapa bila jumpa kawan ke sapa - sapa ke, susah betul nak ucap kalimah yang mendoakan kesejahteraan itu? apa yang keluar? ha ni dia..whaasssup whassup friends! hidup lagi rupanya..hm macam - macam asap yang keluar, last nya telinga yang berasap dengar ayat last tu!! nampak mudah tapi susah untuk dipraktikkan. nanti rang ckp ala apa ni alim sangat ni...hah ni masalh orang kita..amalan mendoakan kesejahteraan atau memberi salam dikata alim!! oh alahai..bukan senang nak bergelar seorang yang alim wahai kawan -kawan..bukan dengan memberi salam da dikata alim..ini hanya perkara basic..tengok..kita salah tanggapan. cuba renung cebisan ini

“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”.

2. memanggil nama dengan betul dan memanggil dengan nama yang disukai

hm kalau yang ni, da memang rutin..nama khatijah tinggal katty aja, nama yaacob jadi jacob( konon glamour), yang rokiah da jadi rock!! elok elok jadi insan nak plak jadi batu. nama itu satu doa sebenarnya..jadi panggil la nama yang betul..kalau boleh panggil nama penuh, kalau susah, panggil dengan nama yang disukai oleh individu tersebut..hai..malu la dengan botol kicap ngan sos, kenapa? ha cuba pikir, kita pg kdai kt ckap apa? hm pak cik, kicap rohaya ada? ha kan nama penuh kita panggil kicap tu..adaka orang pg tanya, kicap roha ada? tak penah dengar pun..contoh sos plak, nama nya sos maggi..adaka orang ckap hm kicap mag ada? hm alamat tak jumpa la cari..sos life pun sama jugak. cuba pg kdai t
nya, pak cik, sos li ada?pak cik kata li yang bawak teksi tu adala..ha tgok, lain jadinya kan. hm jawabnya memang tak dak la sos tu. ha..kicap n sos pun pakai nama penuh tau! jom kita memuliakan sahabat - sahabat dengan panggilan yang mendoakan kebaikan dan kecantikan akhlak kepada mereka melalui nama mereka yang indah itu!



ujian melanda??dilanda ujian?? jangan cepat melatah...


sumber gambar..my favourite website : iluvislam.com

bergelar seorang hamba di muka bumi milik ALLAH S.W.T..PEMILIK PALING AGUNG..menjadikan kita lupa akan ada ujian datang menduga di tengan perjalanan mencari cinta ALLAH..hidup serba cukup, kawan serba ramai, keluarga yang sempurna membuatkan kita, lupa pada ujian.

bila ujian datang melanda, ditengah tengah laluan kehidupan, kita baru tersedar oh...!! kenapa jadi mcm ni ni, tak pasal - pasal berhadapan masalah yang entah dari mana datangnya! ha.............nah!! failed for the first time, br aje datang ujian sikit kita da merungut. kalah!

malu rasanya diri, hidup senang lenang di dunia milik allah, mengaku beriman, mengaku sabar, mengaku kuat tapi gagal sebenarnya berhadapan konflik, mungkin sebab tu kita tak ditakdirkan duduk kat
palestin, yang diuji segenap penjuru, dicaci setiap waktu, ditawan sana sini situ, dibunuh setiap satu, dicatu itu ini, dirobek maruah, tetapi mereka masih lagi tersenyum.kata mereka, kami ada ALLAH S.W.T..SELALU MENEMANI HARI KAMI, SELALU BERSAMA KAMI, INI HANYA UJIAN MENGUJI KEIMANAN!!

wah hampir lopong mulut bila mendengar kata kata mereka. kuatnya iman!! kita? pg kdai beli megi, megi tak dak dah habis, frust bukan main!! allah....lemahnya kita..bak kata p ramlee, pasal masak tak letak belacan pun sampai nak bunuh - bunuh.semua nya pasal apa? makanan!!kita akui, umat akhir zaman memang begini tingkahnya, terlalu rapuh iman dan hatinya, senang benar di goda musuh yang nyata. siapa? ha..MR NATES!! MR NATES ni bukan main hepi lagi sekarang..yela kes derhaka pada ibu bapa berlambak - lambak sampai tahap tinggal bapa bawah jambatan, belum lagi dikira kes derma beramai - ramai. derma apa? derma baby ke tong sampah. ingat recycle ke apa.hm cawangan MR NATES PRODUCTION tumbuh melata lata. makin kaya diorang ni. kaya apa? kaya ahli. nauzubillah..mudah mudahan kita dijauhkan dari ujian ini.

muslimah, anda perlu cukup lembut pada zahirnya untuk membuatkan diri anda cukup tenang dijadikan teman menuju redha allah tapi anda perlu cukup kuat pada hatinya! tapi bukan keras hati, keras apa? kuat iman. kita berusaha mencari cinta allah, insyaallah allah selalu bersama kita. ingat allah ketika senang maka allah akan ingat kita di masa susah..best kan? cinta ni la yang hakiki..sudah la DIA beri kita segala makna kehidupan, dicipta pula kita dengan penuh rasa CINTA..SUBHANALLAH..!!

jadi, anggap ujian sebagai tanda kasih sayang ALLAH pada kita. orang yang hebat, ujian nya juga hebat! pada awal ujian, semua manusia sama..bezanya dimana? bezanya di akhir ujian, sama ada menang atau kecundang. menang yang mcm mana? menang merebut cinta ALLAH....kuatkan hati, letakkan ALLAH sebagai matlamat, tak kra di awal kehidupan atau di akhir kehidupan..sesungguhnya kita ini hamba DIA..milik DIA.

Monday, June 28, 2010

HASAN AL-BANNA DAN KEGENIUSAN PEMBANGUNAN

gambar dari iluvislam.com

Kadang-kadang kelihatan bahawa suatu kebetulan yang tiba-tiba itu
seolah-olah merupakan takdir yang telah ditentukan Tuhan, suatu hikmah
yang telah direncanakan dalam kitab yang telah ditulis terlebih dahulu.
Nama Hasan al-Bhana adalah suatu kebetulan bahawa ini namanya. Tetapi
siapa yang dapat mengatakan bahawa hal ini adalah suatu kebetulan sahaja.
Suatu kenyataan yang besar adalah bahawa laki-laki ini memang betul-betul
bana, iaitu pembangun. Malah ia orang yang membangun dengan baik,
malah juga seorang genius pembangunan.


Aqidah Islam telah banyak mengenal juru dakwah. Tetapi seruan itu
tidak membangun. Tidak semua juru dakwah sanggup untuk menjadi
pembangun. Tidak semua pembangun mempunyai suatu kejeniusan yang
hebat dalam pembangunan ini.


Bangunan yang besar itu adalah lkhwanul Muslimin. Ia merupakan
manifestasi dan kegeniusan yang hebat dalam membangun kelompok,
membina jama’ah. Jama’ah itu bukan bererti kumpulan orang-orang sahaja,
di mana seorang juru dakwah dapat membangkitkan semangat dan perasaan
mereka, sehingga mereka berkumpul di sekitar aqidah itu. Kegeniusan
pembangunan itu terjelma dalam setiap langkah dan langkah-langkah
pengorganisasian. Mulai dari keluarga sampai kepada ranting, ke cabang ke
pusat pentadbiran dan dewan konstitusi, dan ke kantor penyuluhan.


Ini dari segi bentuk luarnya sahaja, iaitu manifestasi yang paling kerdil
dan kegeniusan ini. Tetapi bangunan dalam dan jama’ah ini jauh lebih halus
dan jauh lebih kukuh, dan lebih menunjukkan pada kegeniusan organisasi
dan pembangunan. Iaitu pembangunan kerohanian. Sistem inilah yang
mengikat anggota-anggota keluarga, anggota-anggota ranting dan anggota anggota
cabang. Belajar bersama, sembahyang bersama, pengarahan bersama,
perjalanan bersama dan perkemahan bersama. Pada akhirnya timbullah
tanggapan bersama dan perasaan bersama, yang menjadikan sistem jamaah
itu suatu aqidah yang bekerja di alam jiwa, sebelum ia menjadi ajaran,
perintah dan sistem.


Kegeniusan dalam menggunakan potensi orang-orang, potensi
kelompok, dalam suatu kegiatan yang tidak menjadikan dan tidak
membiarkan mereka mendapat kesempatan untuk melengong ke kiri atau ke
kanan mencari cara-cara untuk memenuhi kekosongan. Membangkitkan
perasaan keagamaan sahaja tidak cukup. Kalau tujuan seorang juru dakwah
hanyalah membangkitkan perasaan ini sahaja, maka terutama para pemuda
hanya akan sampai kepada suatu ekstasi agama sahaja, sesuatu yang tidak
membangun apa-apa. Mempelajari aqidah secara ilmiah sahaja tidak cukup.
Kalau tujuan seorang juru dakwah hanya untuk mempelajari secara ilmiah ini
sahaja, maka ia akan berakhir pada pengeringan sumber-sumber kerohanian
yang telah memberikan kepada pelajaran itu kesegarannya, kehangatannya
dan kesuburannya. Kalau hanya membangkitkan perasaan dan mempelajari
sahaja, maka ini tidak akan menggunakan potensi. Yang akan terdapat hanya
potensi tenaga manusia, potensi ilmiah dan potensi alami lain yang mencari
keuntungan, kesenangan, ketenaran, usaha dan perang.


Hasan al-Banna telah mampu memikirkan semuanya ini, atau
memberi ilham kepada semua ini, sehingga kegiatan seorang saudara
muslim, ketika ia bekerja dalam lingkungan jama’ah, mencakup seluruh segisegi
yang tersebut di atas, kerana sistem jamaah itu sendiri. Ia telah dapat
melakukan hal itu dalam pengorganisasian kelompok-kelompok, dalam
pengorganisasian/perkemahan, dalam pengorganisasian serikat-serikat
dagang Ikhwan, pengorganisasian para juru dakwah dan pengorganisasian
para komando, iaitu mereka yang telah menyaksikan dan ikut serta dalam
pertempuran-pertempuran Palestina, pertempuran-pertempuran Terusan
Suez, di mana mereka mempunyai pengaruh yang besar sekali. Semuanya ini
menjadi bukti dan kegeniusan sistem ini.


Kegeniusan pembangunan dalam mengumpulkan bermacam-macam
bentuk manusia, bermacam-macam mentaliti dan umur, dan bermacam macam
suasana. Semuanya itu dikumpulkan dalam satu bangunan. Persis
sebagaimana irama-irama yang berbeza-beza di kumpulkan menjadi suatu
simfoni yang genius. Semuanya itu dicap menjadi satu cap yang dikenal oleh
semua orang. Semuanya didorong ke arah satu jurusan. Walaupun terdapat
perbezaan-perbezaan dalam hal perasaan, tanggapan, umur dan lingkungan,
semuanya itu meliputi suatu jangka waktu seperempat abad lamanya.
Apakah anda berpendapat bahawa adalah suatu kebetulan sahaja
bahawa ia bernama al-Bana (Si Pembangun?) Ataukah ini suatu kehendak
dan Yang Maha Tinggi, yang telah menjalin dalam bukunya yang telah ditulis
antara kebetulan-kebetulan yang paling kecil dengan takdir-takdir yang
paling besar dalam suatu jalinan yang sesuai dan seimbang?


Hasan al-Banna, telah berpindah ke samping Tuhannya. Ia telah pergi
setelah ia menyelesaikan dasar dasar pembangunannya. Ia pergi dengan
melalui mati syahid sebagaimana yang telah diiradatkan Tuhan baginya:
suatu operasi yang baru dan operasi-operasi pembangunan. Operasi
pendalaman dasar dan pengukuhan dinding-dinding. Seribu satu pidato,
seribu satu makalah yang dilakukan oleh Si Syahid yang telah meninggalkan
kita itu tidak akan menggejolakkan dakwah dalam diri anggota-anggota
Ikhwan sebagaimana yang telah digejolakkan oleh titisan-titisan darah suci
yang mengalir dan tubuhnya. Kata-kata yang keluar dan kita akan tetap hanya menjadi patung lilin sahaja, sampai kita mahu mengorbankan jiwa untuk kepentingannya, maka
barulah di waktu itu kata-kata itu mempunyai jiwa dan ditakdirkan untuk
hidup selama-lamanya.


Ketika penguasa-penguasa tiran yang kerdil-kerdil itu menindas Ikhwan dengan besi dan api, maka mereka telah terlambat. Bangunan yang telah didirikan Hasan al-Banna tidak dapat diruntuhkan lagi dan tidak dapat dibongkar lagi. Ia telah berubah menjadi suatu gagasan yang tidak dapat dihancurkan oleh api dan besi. Tidak pernah dalam sejarah bahawa besi dan
api menghancurkan suatu pemikiran. Kegeniusan Si Pembangun telah meninggi jauh di atas tiran-tiran yang kerdil itu. Kesewenang-wenangan berlalu, tetapi Ikhwan tetap di tempatnya.
Memang dan waktu ke waktu ada orang-orang Ikhwan yang meninggalkan barisan. Setiap kali ini terjadi, maka orang-orang yang seperti itu jatuh dari barisan sebagaimana daun-daun yang telah tua jatuh dan pohon yang rendang. Mereka pergi, tetapi tidak meninggalkan pengaruh apa-apa dalam barisan sebagai keseluruhannya. Memang dan waktu ke waktu terjadi bahawa para musuh Ikhwan dapat menangkap salah satu cabang dan pohon yang besar itu. Mereka
mengira bahawa cabang yang mereka pegang itu mempunyai akar yang dalam tubuh di batang pohon itu, sehingga kalau mereka berhasil membongkarnya maka mereka akan dapat membongkar seluruh pohon itu.


Tetapi kalau mereka telah benar-benar membongkar dahan itu, maka apa
yang mereka pegang tidak lebih dan sebuah dahan yang kering dan lapuk,
sebagaimana halnya dengan sepotong kayu api, tidak ada air di dalamnya,
tidak ada daun dan tidak ada buah.
Inilah kejeniusan pembangunan, yang selalu tetap ada lama setelah Si
Pembangun itu sendiri telah tiada.


Sekarang ini bangunan lkhwan menghadapi banyak campuran
masalah, lebih banyak dari apa yang dihadapinya sebelumnya. Tetapi
akarnya sekarang lebih dalam, bangunannya lebih menjulang dan tubuhnya
lebih kukuh. Sekarang ini ia telah menjadi aqidah dalam jiwa, ia telah
menjadi masa lalu dalam sejarah, menjadi harapan untuk masa depan dan
menjadi suatu mazhab dalam kehidupan. Dan di belakang semuanya ini
terdapat Iradat Allah yang tidak dapat dikalahkan dan darah si Syahid yang
tidak dapat dilupakan.


Siapa yang mempunyai i’tikad tidak baik terhadap bangunan ini, maka
hendaklah ia mengingat bahawa tirani Farouq, yang didukung oleh Inggeris
dan Amerika tidak meruntuhkan sebutir batu pun dari bangunan itu, dan
tidak menimbulkan sebuah lubang pun. Masa depan adalah milik aqidah
yang menjadi dasar Ikhwan, dan kepunyaan sistem masyarakat yang
terpancar dari aqidah itu. Di setiap tumpah bumi Islam sekarang ini terdapat
seruan untuk kembali kepada satu bendera, bendera yang suatu masa dahulu
kala telah dirobek-robek oleh penjajah, agar ia gampang menelan dunia Islam
itu sepotong demi sepotong. Sekarang telah datang waktunya bahagian bahagian
yang telah terkoyak ini dipersatukan kembali, kembali hidup
menjadi satu tubuh yang sempurna, yang dapat merobek-robek penjajahan.
Keadaan segala sesuatunya menghendaki agar gagasan ini mendapat
kemenangan. Gelombang perpecahan dan pengoyakan telah berhenti


Gagasan Islami tidak pernah mati dalam period kegelapan yang telah lalu.
Maka ia sama sekali tidak mungkin mati sekarang ini, di mana terdapat
gelombang kebangunan, kebangkitan dan kesinambunagn kehidupan.
Gagasan Islami itu telah tercampur menyatu dengan bangunan
Ikhwan. Tidak mungkin lagi bahawa ke dua hal itu dipisahkan kembali oleh
sejarah. Kerana itu kedua hal itu tidak mungkin dipisahkan lagi baik hari ini
mahupun di masa depan.


Di masa lalu pihak penjajah telah menggunakan aparat-aparat untuk
membius yang ditutup-tutupi dengan pakaian agama. Mereka telah
menggunakan pemuka-pemuka tarekat, pemuka-pemuka al-Azhar,
sebagaimana mereka ini juga telah digunakan oleh tiran-tiran istana.
Sekarang ini hal itu tidak mungkin dilakukan lagi. Gagasan Islami itu
sekarang ini telah dilambangkan oleh bangunan Ikhwan dalam bentuk yang
amat kuat. Tidak mungkin lagi digoyahkan dengan alat apapun. Al-Azhar itu
sendiri, yang telah lama tunduk kepada tirani, dan juga tunduk kepada pihâk
penjajah, telah mulai bangkit membebaskan diri. Mahasiswa dan mahaguru
al-Azhar, baik secara perorangan mahupun secara kelompok telah mulai
menggabungkan diri kepada Ikhwan. Hal ini tidak menghairankan kerana al-
Azhar adalah tempat lahir pertama dan gagasan Islam, kerana memang
begitulah semestinya.
“Tuhan telah menetapkan: Aku dan RasulKu pasti akan menang. Sesungguhnya
Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa.”

Sumber
Beberapa Studi Tentang Islam
Indon – Malay Version
Syed Qutb

Wednesday, June 16, 2010

Waktu itu...dah berlalu..


Di sekolah itu..kami memeterai janji walau apa pun terjadi, misi mengharumkan nama sekolah

tetap yang utama. Kenangan yang tak kan dilupa sampai bila – bila..! dua tahun berada dalam

kelas yang sama kami kenal setiap

perangai dan tingkahlaku dengan baik. Sungguh menyenangkan! Walau masing –masing ada

perangai tersendiri

itu tak menjadi masalah buat kami kerana keluarga kecil yang kami bina itu selalu aja menjadi

pembakar

semangat untuk terus berjaya.

Hm sebenarnya menulis ini bagi mewakili rasa rindu pada masa lalu yang da lepas tu. Kalau dulu

bila rindu leh aje ke sekolah, Nampak dari jauh pun jadila tp skarang tu da tak mungkin. Da

jauh..da pindah rumah pun, jadi bila

ingat skol tu tgok gambar jela. Ingat lagi dulu selalu aje study sama – sama, especially bila da

dekat nak exam,

semua saling bantu..masa tu da berlalu..

Buat kawan – kawan semua, kenangan yang pernah singgah tu, bukan macam angin yang

berlalu dan pergi tapi

macam matahari, selalu ada menyinari kehidupan..walau kita tak nampak, tapi kita tau esok pagi

matahari yang

sama pasti akan muncul lagi.

Paling tak leh lupa, waktu lepas spm, baru je seminggu kami da wat reunion sebab rasa

kehilangan. Hehe bunyi

lawak aje tapi itula hakikatnya..skarang semua da berjauhan..bakal doctor, bakal engineer, bakal

nurse...semua

ada. Ha bakal cikgu pun ada.hehe..hm kat mana pun semua, selamat maju jaya!! Insyaallah

jumpa lagi kita nanti n

nak minta maaf jugak sebab selalu aja tak pergi reunion..hehe.


Diri mereka selalu di hati... Bingkisan kalian sering menemani perjalanan hidup..uhibbukifillah

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak mampu lagi bertahan belajarlah memaafkan walau dirimu terluka berhentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada allah walau dia tak kelihatan



Di akhir garisan menghijau kesagaran doa..tangan yang menadah ke langit bercahaya seri harapan, pada permintaan yang masih tersimpan. Segala isi dunia memerhati di kaki senja..rumah allah berkembang di sekelilingnya keberkatan mengharum ke seluruh alam daripada hembusan kesejahteraan. Segala buku catatan lama terbakar oleh keampunan. Maka kekelaman hati kembali jernih di sisi kesucian .. semoga ketenangan sentiasa menantimu


Keyakinan kepada allah adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan


Ya allah wanita yang membaca ini adalah wanita yang cantik, kuat dan sabar dan saya menyayanginya. Tolong dan tingkatkanlah kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkanlah dia


Sebelum malammu berlalu sucikan hati bersihkan jiwa. Maafkan segala kesalahan dan halalkan segala pemberian. Fikirkan sejenak kematian yang diingini. Lembutkanlah lidahmu dengan menutur zikrullah..tiada cinta lain sehebat cintanya..moga tidurmu dalam ketenangan, bangunmu dengan keazaman dan hidupmu dengan keredhaan. Dengan nama mu ya allah aku hidup dan aku mati


YA ALLAH
sahabat buat hati gembira
mesra kami penawar duka
rindu kami menambah rasa
rajuk kami menambah ceria
YA ALLAH
silaturrahim kami ukhwah fillah
bermusuh kami nauzubillah
berpisah mati insyaallah
pengubat hati doa rabithah
YA ALLAH
rahmati kami meniti usia
terpisah kami di alam nyata
temukan kami di taman syurga.


Kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih. Namun hakikat hidup tak kan berubah, yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya. Hati memilih jalan, akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah. Moga kasih allah sentiasa bersama kita


Kekeruhan dalam berjemaah lebih baik daripada kejernihan dalam keseorangan


Pahit bersabar madunya redha, perit berusaha dimanisi tawakkal, jerih beramal menguntum pahala, susah diuji bertambah taqwa, rintih mukmin hanya padanya yang esa


Pesan Sufian At Tauri..ambillah dari dunia untuk badanmu dan ambillah dari akhirat untuk hatimu


Tiada ukhwah tanpa iman dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhwah sepertimana tiada persahabatan tanpa taqwa dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan


Mengingati teman tanda persahabatan..mengingati mati sumber kekuatan iman..mengingati akhirat semulia mulia ingatan dan mengingati allah itulah ketenangan


Carilah petunjuk dalam keredhaanmu pada allah kerana percayalah wahai teman tiada yang lebih harum di kebun hayat melainkan rimbunan taqwa yang merendang ke akhirat


Ukhwah itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani setiap yang manis ,mampu dikenangi walau tiada di mata kini ia hadir bila dirindui kerana asanya ia di dasar hati


Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mangakui kesilapannya cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya yang telah berlalu


Nabi s.a.w bersabda apabila kamu hendak berkawan carilah kawan yang dia fikir agama atas kamu dan carilah kawan apabila kamu lihat dia kamu ingat allah



Dedikasi untuk saudaraku, seorang penyair sufi ,
menghalusi mata hatinya..aku pohon kekuatan dan allah berikan aku kesulitan untuk jadikan aku gagah
aku pohon cinta dan allah berikan aku mereka yang bermusuh untuk ku cari penawar duka
aku pohon keteguhan hati dan allah berikan aku bahaya untuk aku atasi
justeru aku tak peroleh apa yang aku impikan
namun aku dapat segala yang aku inginkan


Sahabatku orang yang berjuang sering menangis lemah di sisi allah tetapi allah akan kuatkannya disisi makhluk yang digelar manusia..berjuanglah kerana allah . bahagialah hati walaupun ia terlalu payah kerana itulah jalan menuju ke jannah

Thursday, June 10, 2010

Bila harta dijunjung..

Dulu

Desa itu jadi saksi terbinanya ikatan jiwa

Bersama tiap waktu memang kebiasaan

Rumah itu walau kecil

Tetapi hati dan jiwa bersatu di situ

Makan bersama solat bersama

Halaman itu jadi bukti kasih sayang pernah terbina

Tangga itu jadi pemerhati gelak tawa pernah bersemi disitu

Ruang itu pernah mekar dengan cerita – cerita lucu

Segalanya punya cerita tersendiri

Terlalu indah..

Untuk dikenang

Terlalu pahit

untuk ditelan

Terlalu sakit

untuk dibuang

kini..

desa itu masih ada

sunyi tanpa suara suatu kebiasaan

berpecah tak pernah berjumpa

rumah itu sudah tiada

sudah tiada

hilang kenangan di lontar bumi

bila pergi yang disayangi

harta jadi isi bicara

entah kenapa saling mencemburui

aku jadi pemerhati setia

betapa harta telah membeli sebuah ikatan

betapa harta menjadikan cinta menjadi dendam

betapa harta merampas hak bersaudara

betapa dunia telah mengaburi mereka

ini jadinya bila harta dijunjung..

ikatan itu sudah tiada nilai

sudah saling tak kenal

timbul rasa ego menguasai akal

musnah..

aku masih pemerhati setia..

benar

bila harta dijunjung..ukhwah menghampir ke hujung..

Sunday, June 6, 2010

Kita Tiada Itu


Tatkala laungan syahadah bergema

Berteriak semangat jihad melawan batil

Sesungguhnya kalimah itu membakar maya

Menagih seribu pengorbanan berbalas siksa

Sungguh..

Tidak sanggup melihat anak kecil bersenjatakan batu

Tidak sanggup melihat isteri menangisi jasad suami berkecai seribu

Tidak sanggup melihat ibu bersabung nyawa membela agama yang satu

ALLAH

ALLAH

ALLAHU AKBAR!!

Sungguh..

Semangat itu bagai dipintal kejap di dasar kalbu

Menangisi sakitnya tanah suci dirobek dihina

Bukan dunia jadi taruhan

Tetapi syurga jadi teman

Itu agenda si syahid yang menegakkah firman ALLAH di dalam Al Quran

Sesungguhnya bumi suci ini tetap milik islam selamanya..

Kita tiada itu...

Kemana semangat untuk turut sama berjuang?

Kemana pergi nama atas dasar saudara seislam?

Kemana hilang rasa tercabar melihat saudara di perlakukan bagai haiwan?

Kemana gugurnya kekuatan membela agama tercinta?

Sungguh...kita tiada itu...

“Break The Siege” meredah samudera darah

Kita baru tersedar nilai nyawa sudah merendah ke tanah..

Kita baru tahu apa itu keganasan tanpa perasaan

Walau tembok kematian tiada berdaya kita takhluki

Namun ianya tidak sia sia

Kerana ALLAH maha mengetahui

Setiap kejadian ada hikmahnya

Disebalik menerobos tembok kematian

Kita berjaya menerobos tembok kejahilan

Kita berjaya menerobos tembok keangkuhan

Kita berjaya menerobos tembok kemanusiaan

Kita berjaya menerobos tembok kepedulian

Memberi kesedaran kepada dunia

BAHAWASANYA YAHUDI ITU WAJIB DIPERANGI!!