Kadang-kadang kelihatan bahawa suatu kebetulan yang tiba-tiba itu
seolah-olah merupakan takdir yang telah ditentukan Tuhan, suatu hikmah
yang telah direncanakan dalam kitab yang telah ditulis terlebih dahulu.
Nama Hasan al-Bhana adalah suatu kebetulan bahawa ini namanya. Tetapi
siapa yang dapat mengatakan bahawa hal ini adalah suatu kebetulan sahaja.
Suatu kenyataan yang besar adalah bahawa laki-laki ini memang betul-betul
bana, iaitu pembangun. Malah ia orang yang membangun dengan baik,
malah juga seorang genius pembangunan.
Aqidah Islam telah banyak mengenal juru dakwah. Tetapi seruan itu
tidak membangun. Tidak semua juru dakwah sanggup untuk menjadi
pembangun. Tidak semua pembangun mempunyai suatu kejeniusan yang
hebat dalam pembangunan ini.
Bangunan yang besar itu adalah lkhwanul Muslimin. Ia merupakan
manifestasi dan kegeniusan yang hebat dalam membangun kelompok,
membina jama’ah. Jama’ah itu bukan bererti kumpulan orang-orang sahaja,
di mana seorang juru dakwah dapat membangkitkan semangat dan perasaan
mereka, sehingga mereka berkumpul di sekitar aqidah itu. Kegeniusan
pembangunan itu terjelma dalam setiap langkah dan langkah-langkah
pengorganisasian. Mulai dari keluarga sampai kepada ranting, ke cabang ke
pusat pentadbiran dan dewan konstitusi, dan ke kantor penyuluhan.
Ini dari segi bentuk luarnya sahaja, iaitu manifestasi yang paling kerdil
dan kegeniusan ini. Tetapi bangunan dalam dan jama’ah ini jauh lebih halus
dan jauh lebih kukuh, dan lebih menunjukkan pada kegeniusan organisasi
dan pembangunan. Iaitu pembangunan kerohanian. Sistem inilah yang
mengikat anggota-anggota keluarga, anggota-anggota ranting dan anggota anggota
cabang. Belajar bersama, sembahyang bersama, pengarahan bersama,
perjalanan bersama dan perkemahan bersama. Pada akhirnya timbullah
tanggapan bersama dan perasaan bersama, yang menjadikan sistem jamaah
itu suatu aqidah yang bekerja di alam jiwa, sebelum ia menjadi ajaran,
perintah dan sistem.
Kegeniusan dalam menggunakan potensi orang-orang, potensi
kelompok, dalam suatu kegiatan yang tidak menjadikan dan tidak
membiarkan mereka mendapat kesempatan untuk melengong ke kiri atau ke
kanan mencari cara-cara untuk memenuhi kekosongan. Membangkitkan
perasaan keagamaan sahaja tidak cukup. Kalau tujuan seorang juru dakwah
hanyalah membangkitkan perasaan ini sahaja, maka terutama para pemuda
hanya akan sampai kepada suatu ekstasi agama sahaja, sesuatu yang tidak
membangun apa-apa. Mempelajari aqidah secara ilmiah sahaja tidak cukup.
Kalau tujuan seorang juru dakwah hanya untuk mempelajari secara ilmiah ini
sahaja, maka ia akan berakhir pada pengeringan sumber-sumber kerohanian
yang telah memberikan kepada pelajaran itu kesegarannya, kehangatannya
dan kesuburannya. Kalau hanya membangkitkan perasaan dan mempelajari
sahaja, maka ini tidak akan menggunakan potensi. Yang akan terdapat hanya
potensi tenaga manusia, potensi ilmiah dan potensi alami lain yang mencari
keuntungan, kesenangan, ketenaran, usaha dan perang.
Hasan al-Banna telah mampu memikirkan semuanya ini, atau
memberi ilham kepada semua ini, sehingga kegiatan seorang saudara
muslim, ketika ia bekerja dalam lingkungan jama’ah, mencakup seluruh segisegi
yang tersebut di atas, kerana sistem jamaah itu sendiri. Ia telah dapat
melakukan hal itu dalam pengorganisasian kelompok-kelompok, dalam
pengorganisasian/perkemahan, dalam pengorganisasian serikat-serikat
dagang Ikhwan, pengorganisasian para juru dakwah dan pengorganisasian
para komando, iaitu mereka yang telah menyaksikan dan ikut serta dalam
pertempuran-pertempuran Palestina, pertempuran-pertempuran Terusan
Suez, di mana mereka mempunyai pengaruh yang besar sekali. Semuanya ini
menjadi bukti dan kegeniusan sistem ini.
Kegeniusan pembangunan dalam mengumpulkan bermacam-macam
bentuk manusia, bermacam-macam mentaliti dan umur, dan bermacam macam
suasana. Semuanya itu dikumpulkan dalam satu bangunan. Persis
sebagaimana irama-irama yang berbeza-beza di kumpulkan menjadi suatu
simfoni yang genius. Semuanya itu dicap menjadi satu cap yang dikenal oleh
semua orang. Semuanya didorong ke arah satu jurusan. Walaupun terdapat
perbezaan-perbezaan dalam hal perasaan, tanggapan, umur dan lingkungan,
semuanya itu meliputi suatu jangka waktu seperempat abad lamanya.
Apakah anda berpendapat bahawa adalah suatu kebetulan sahaja
bahawa ia bernama al-Bana (Si Pembangun?) Ataukah ini suatu kehendak
dan Yang Maha Tinggi, yang telah menjalin dalam bukunya yang telah ditulis
antara kebetulan-kebetulan yang paling kecil dengan takdir-takdir yang
paling besar dalam suatu jalinan yang sesuai dan seimbang?
Hasan al-Banna, telah berpindah ke samping Tuhannya. Ia telah pergi
setelah ia menyelesaikan dasar dasar pembangunannya. Ia pergi dengan
melalui mati syahid sebagaimana yang telah diiradatkan Tuhan baginya:
suatu operasi yang baru dan operasi-operasi pembangunan. Operasi
pendalaman dasar dan pengukuhan dinding-dinding. Seribu satu pidato,
seribu satu makalah yang dilakukan oleh Si Syahid yang telah meninggalkan
kita itu tidak akan menggejolakkan dakwah dalam diri anggota-anggota
Ikhwan sebagaimana yang telah digejolakkan oleh titisan-titisan darah suci
yang mengalir dan tubuhnya. Kata-kata yang keluar dan kita akan tetap hanya menjadi patung lilin sahaja, sampai kita mahu mengorbankan jiwa untuk kepentingannya, maka
barulah di waktu itu kata-kata itu mempunyai jiwa dan ditakdirkan untuk
hidup selama-lamanya.
Ketika penguasa-penguasa tiran yang kerdil-kerdil itu menindas Ikhwan dengan besi dan api, maka mereka telah terlambat. Bangunan yang telah didirikan Hasan al-Banna tidak dapat diruntuhkan lagi dan tidak dapat dibongkar lagi. Ia telah berubah menjadi suatu gagasan yang tidak dapat dihancurkan oleh api dan besi. Tidak pernah dalam sejarah bahawa besi dan
api menghancurkan suatu pemikiran. Kegeniusan Si Pembangun telah meninggi jauh di atas tiran-tiran yang kerdil itu. Kesewenang-wenangan berlalu, tetapi Ikhwan tetap di tempatnya.
Memang dan waktu ke waktu ada orang-orang Ikhwan yang meninggalkan barisan. Setiap kali ini terjadi, maka orang-orang yang seperti itu jatuh dari barisan sebagaimana daun-daun yang telah tua jatuh dan pohon yang rendang. Mereka pergi, tetapi tidak meninggalkan pengaruh apa-apa dalam barisan sebagai keseluruhannya. Memang dan waktu ke waktu terjadi bahawa para musuh Ikhwan dapat menangkap salah satu cabang dan pohon yang besar itu. Mereka
mengira bahawa cabang yang mereka pegang itu mempunyai akar yang dalam tubuh di batang pohon itu, sehingga kalau mereka berhasil membongkarnya maka mereka akan dapat membongkar seluruh pohon itu.
Tetapi kalau mereka telah benar-benar membongkar dahan itu, maka apa
yang mereka pegang tidak lebih dan sebuah dahan yang kering dan lapuk,
sebagaimana halnya dengan sepotong kayu api, tidak ada air di dalamnya,
tidak ada daun dan tidak ada buah.
Inilah kejeniusan pembangunan, yang selalu tetap ada lama setelah Si
Pembangun itu sendiri telah tiada.
Sekarang ini bangunan lkhwan menghadapi banyak campuran
masalah, lebih banyak dari apa yang dihadapinya sebelumnya. Tetapi
akarnya sekarang lebih dalam, bangunannya lebih menjulang dan tubuhnya
lebih kukuh. Sekarang ini ia telah menjadi aqidah dalam jiwa, ia telah
menjadi masa lalu dalam sejarah, menjadi harapan untuk masa depan dan
menjadi suatu mazhab dalam kehidupan. Dan di belakang semuanya ini
terdapat Iradat Allah yang tidak dapat dikalahkan dan darah si Syahid yang
tidak dapat dilupakan.
Siapa yang mempunyai i’tikad tidak baik terhadap bangunan ini, maka
hendaklah ia mengingat bahawa tirani Farouq, yang didukung oleh Inggeris
dan Amerika tidak meruntuhkan sebutir batu pun dari bangunan itu, dan
tidak menimbulkan sebuah lubang pun. Masa depan adalah milik aqidah
yang menjadi dasar Ikhwan, dan kepunyaan sistem masyarakat yang
terpancar dari aqidah itu. Di setiap tumpah bumi Islam sekarang ini terdapat
seruan untuk kembali kepada satu bendera, bendera yang suatu masa dahulu
kala telah dirobek-robek oleh penjajah, agar ia gampang menelan dunia Islam
itu sepotong demi sepotong. Sekarang telah datang waktunya bahagian bahagian
yang telah terkoyak ini dipersatukan kembali, kembali hidup
menjadi satu tubuh yang sempurna, yang dapat merobek-robek penjajahan.
Keadaan segala sesuatunya menghendaki agar gagasan ini mendapat
kemenangan. Gelombang perpecahan dan pengoyakan telah berhenti
Gagasan Islami tidak pernah mati dalam period kegelapan yang telah lalu.
Maka ia sama sekali tidak mungkin mati sekarang ini, di mana terdapat
gelombang kebangunan, kebangkitan dan kesinambunagn kehidupan.
Gagasan Islami itu telah tercampur menyatu dengan bangunan
Ikhwan. Tidak mungkin lagi bahawa ke dua hal itu dipisahkan kembali oleh
sejarah. Kerana itu kedua hal itu tidak mungkin dipisahkan lagi baik hari ini
mahupun di masa depan.
Di masa lalu pihak penjajah telah menggunakan aparat-aparat untuk
membius yang ditutup-tutupi dengan pakaian agama. Mereka telah
menggunakan pemuka-pemuka tarekat, pemuka-pemuka al-Azhar,
sebagaimana mereka ini juga telah digunakan oleh tiran-tiran istana.
Sekarang ini hal itu tidak mungkin dilakukan lagi. Gagasan Islami itu
sekarang ini telah dilambangkan oleh bangunan Ikhwan dalam bentuk yang
amat kuat. Tidak mungkin lagi digoyahkan dengan alat apapun. Al-Azhar itu
sendiri, yang telah lama tunduk kepada tirani, dan juga tunduk kepada pihâk
penjajah, telah mulai bangkit membebaskan diri. Mahasiswa dan mahaguru
al-Azhar, baik secara perorangan mahupun secara kelompok telah mulai
menggabungkan diri kepada Ikhwan. Hal ini tidak menghairankan kerana al-
Azhar adalah tempat lahir pertama dan gagasan Islam, kerana memang
begitulah semestinya.
“Tuhan telah menetapkan: Aku dan RasulKu pasti akan menang. Sesungguhnya
Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa.”
Sumber
Beberapa Studi Tentang Islam
Indon – Malay Version
Syed Qutb

No comments:
Post a Comment