






Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa kerana hanya ALLAH mampu membolak balikkan hati manusia:-)
100% produk muslim. kawan - kwan! ingat, mencari yang halal itu fardhu keatas setiap muslim:-) di sini tiada ragu - ragu, semuanya berlandaskan syariat.
mampu menyaingi produk antarabangsa, bermula dari kecil kecilan, kini dah ada empayar sendiri:-) ini bukti bahawa produk muslim yang terbaik, tak yah la komplain tak sedap la, ayam berminyak la, roti keras la, itu semua mungkin di awal penubuhan RFC, biasala dalam proses penyesuaian produk, tapi sekarang tak lagi, da best product ever RFC ni, tak percaya? jom p, cawangan da makin banyak skang, orang sentiasa full aja:-) dah ada alternatif ni, knp nak cari KFC lagi??
produk yang da terima ISO pun, siap dapat amalan pengilangan baik lagi, , GMP (Good Manufacturing Process), jadi kualiti pengeluaran dan pemprosesan dah terjamin:-)
mereka yang berada di sebalik HPA. terbaik dalam menerapkan syariat dan sunnah dalam perniagaan. dah ada yang jelas, kenapa nak cari yang masih kabur??
very sensitive and practical dalam menghasilkan sesuatu produk. kebersihan dan kesucian keutamaan yang sentiasa dijaga. inilah beza produk HPA dengan yang lain, yang lain mungkin bersih tapi suci, boleh ke kita jamin?? :-) fikirkan...
ok, ni a part of barang HPA yang ada kat pasaran, masih banyak lagi sebenarnya, sekarang barang HPA da merangkumi semua keperluan kehidupan kita, dari bangun pagi sampai nak tido balik, sebab daripada toiletries sampaila supplemen untuk badan, semuanya ada. JOM CUBA:-)
ni paling suka, sebab HPA mengeluarkan rangkaian khusus untuk penjagaan kesihatan perempuan, daripada rambut sampai kaki, semua ada termasuklah penjagaan dalaman yang semuanya berasaskan herba, insyaallah terbaik untuk kita sebagai perempuan, daripada terdedah kepada bahaya kosmetik yang based on chemical, kenapa tak cuba yang ini aja??:-)
kehidupan perlu diteruskan, kematian akan menanti dihujung perjalanan. pelik kan, meneruskan kehidupan untuk kematian?? itulah hakikat kejadian insan..subhanallah:-)
tiada manusia mampu tersenyum dan berkata : aku tak pernah diuji, hakikat yang bahagia ialah seorang manusia yang tersenyum dan berkata, aku sedang diuji:-)


Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini tangan ini yang membelainya. Selama ini hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak kulaungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Namun, dia bukan selama milikku.. rumah ini cuma persinggahan dalam perjalannanya menuju kedewasaan. Dan kini, sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit tetapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu. Siapakah aku yang boleh menahan realiti kedewasaanmu anakku? Maafkan aku wahai anak......bukan aku tak tega tetapi kerana terlalu cinta!
Sejak dulu, hati ini sering tertanya – tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjagamu sepenuh hati. Sejak bertatih aku melihat jatuh bangunmu tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatimu dalam kembara itu nanti? Aku jauh ...bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan
Aku tahu sangat itu aku akan mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan beerti mengikat tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk membelenggu. Puteriku, kau terpaksa kulepaskan
Apakah sidia mampu menyayanginya seperti aku? Ahhhhhhh mengapa rasa curiga ini datang bertandang? Bukankah segala – galanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada “si dia” – lelaki pilihannya..
Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? Namun.hati ayah pasti ada gundah. Sudah pasrah tapi dihiris goyah. Bolak balik hati ini wahai anak..terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku?
Namun, siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar kau anak yang baik, insyaallah pilihanmu juga baik.allah tak kan mengecewakanmu dan ketentuan allah itu pasti ada kebaikan.
Kekadang aku diserbu 1001 pertanyaan , apakah aku masih di hatinya bila dia bersuami nanti? Atau aku hanya menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali sekala? Bukan, bukan aku membangkit , jauh sekali aku mengunkit. Upayaku mendidikmu bukan satu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi. Aku akan mengulang – ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja disisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu – dulu. Mengadu tentang itu dan ini. Bercerita dan berkisah dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah puteriku, aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Semoga dia akan menjagamu seperti aku menjaga ibumu. Aku akan bersangka baik, justeru ALLAH ITU MENURUT sangka hamba hamanya. Di situlah nokhtah kebimbangan hati seorang ayah.
daripada buku DIMANA DIA DI HATIKU
USTAZ PAHROL JUOI